Thursday, September 22, 2011

Selamat Hari Raya

Family Potrait bersama keluarga Datuk Jaafar



Lokasi:Bemban















Friday, April 8, 2011

Dinul & Suaidah

[Pakej - UV Album 10"x24", A3 Frame, Album Bag & 2pcs A4]


Majlis Sambut Menantu ini berlangsung pada 26 Disember 2010 di UKM, Bangi. Suaidah ni, rakan sekerja Azizul [member aku]. Aku shoot di temani kawan aku iaitu Emy.








Nota kaki : Description aku siapkan nanti lah ye.

Tuesday, March 29, 2011

Majlis Pertunangan Yusnita & Yusran

Selamat bertunang Yusnita & Yusran.


Yusnita, aku pangil Yus jek, adalah geng masa diploma kat UiTM Dungun. dan lagi best, senegeri kan, makanya, kalau bab balik kampung & tiket memang selalu lah kena bersama-sama kan. dan, finally bila dia nak melakarkan hari bersejarah untuk bertukar status dari Bujang ke Tunang orang, dia memberikan kepercayaan kepada aku untuk memotretkan kenangan sepanjang majlis berlangsung.


Mulanya tarikh yang dipersetujui adalah 28 Nov 2010, tetapi terpaksa di tunda ke 5 Dis 2010. dan dek kerana itu, aku terpaksalah Shoot sorang2 kerana team mate aku si Sepul & sara ada kenduri di kampung.

Yus & Yus, sesuaikan nama gabungan itu. semoga apa yang di rancang akan berjalan dengan lancar. dan di doakan semoga ikatan yang dah disimpulkan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin & ke akhir hayat.


dan layankan gambar-gambar yang ada ini....
hantaran dari pihak perempuan

cantikkan, si Yus decor sendiri.

lagi lawa sebab kaler Purple.ahaks.

hantaran dari pihak lelaki

hantaran kedua-dua pihak make up & baju yang bestnya, baju si Yus pakai ini adalah baju kakak dia, dah 8tahun rasanya. tapi masih cantik kan. dan best jugak, sebab hiasan dalam bilik pon dari majlis kakak dia dulu, 8tahun lepas tapi masih nampak baru. jimatkan? tetamu, saudara-mara & makanan
sesi perbincangan 2 keluarga.

dan itulah dia cincinnya....


ok, bincang jangan xbincang...

setuju yek

insyallah ikatan pertunangan ini adalah selama setahun.


woweee bakal ibu mertua menyarungka cincin.

bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan yang hadir
si Yus ni anak bongsu, dan majlis dia memang di nanti-nantikan oleh kaum keluarga dia, almaklumlah dah 8tahun tak buat majlis kenduri kahwin ni kan.
dan lagi-lagi gambar yang ada.

Selamat bertunang Yusnita & Yusran.

Monday, March 21, 2011

Majlis Berendoi & Cukur Jambul (Raees Fitri)

Tarikh: 11 Dec 2010
Lokasi: Subang Perdana Goodyear Court 10

Memang agak terlewat mengemaskini blog ini. masih ada beberapa majlis yang aku tidak sempat memilih gambar untuk di tampalkan di sini. Raees Fitri anak ke-3 kepada pasangan Riduan & Farah. Majlis berendoi & cukur jambul dan kenduri kesyukuran diadakan serentak pada hari yang sama tetapi pada waktu berlainan.

seawal jam 10am, majlis berendoi & cukur jambul di mulakan oleh tetamu yang dijemput khas dari kumpulan marhaban Subang Jaya [nama kumpulan saya lupa, maafkan saya]. dan seterusnya majlis kenduri kesyukuran di raikan dari pihak lelaki pula pada jam 12pm.

di antara gambar-gambar yang di rakamkan sepanjang majlis.





saya sangat suka pelamin untuk majlis berendoi ini. dengar katanya hasil tangan dari jiran mereka yang merupakan designer yg agak terkenal tetapi aku tak ingat akan namanya.



gembiranya seorang ibu.
dan tenangnya seorang anak.



bergambar bersama keluarga.


para tetamu yang hadir


Suka nya si raees, tapi menangis lepas tu.

bersama kaum keluarga

Dan mereka mengambil Package Mock-up album.
disebabkan stock album 13x13 agak lambat, aku tukar kan pakej ni kepada mock-up album size 15x10.
dan sebuah frame A3 BW.

Wednesday, January 5, 2011

Majlis Konvokesyen Ke-8 [Majlis Akademi Homeopathy Malaysia]

Terima kasih pada pihak Majlis Akademi Homeopathy Malaysia [PPHM] kerana memberi kepercayaan kepada aku dan rakan-rakan [sarah & sepul] untuk memotretkan majlis konvokesyen ke-8 mereka.

Majlis ini berlangsung pada tanggal 8 Ogos 2010 yang lepas bersamaan hari Ahad bertempat di Hotel CityVilla.

dan setinggi tahniah kepada yang telah berjaya menggenggam Segulung, Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana
Ijazah Sarjana
Ijazah Sarjana Muda
Diploma

[gambar-gambar di atas 3 di antara 50 orang yang berjaya graduasi pada berkenaan, tetapi ada beberapa orang yang tidak dapat hadir]

dan setelah selesai majlis, sesi bergambar beramai-ramai.
walaupun tempat ni tidak berapa sesuai, tapi atas permintaan mereka, boleh kan ajalah ya.